Menubuhkan institusi pendidikan yang berteraskan kepada prinsip-prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah khususnya bagi melahirkan Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah dan ilmuwan Islam yang berketerampilan. Menjadi pemangkin kepada kepesatan kemajuan ilmu yang sahih dan bermanfaat.
Menyampaikan dan menyebarkan informasi yang tepat dan sahih kepada masyarakat melalui bahan-bahan terbitan dan kajian ilmiah yang bersumberkan bahan-bahan rujukan yang sahih dan penganjuran seminar, kursus dan bengkel. Membangunkan masyarakat dan daya intelektual melalui pemantapan spiritual dan adab-adab Islami.
Berpandukan kepada falsafahnya yang tersendiri, SEG berhasrat menjadi sebuah organisasi tarbiah, dakwah, pendidikan dan kebajikan Ahli Sunnah wal Jamaah yang disegani, dihormati serta memberi impak yang besar kepada kedaulatan Islam.
Kesepaduan antara Islam, Iman dan Ehsan berasaskan al Quran dan Hadith yang menjadi dasar ke arah melahirkan insan yang bertaqwa dan berketerampilan, yang akan menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.
"Berilmu Beramal Berbakti"
Moto ini dipilih sebagai peringatan berterusan kepada semua warga SEG agar tekun menimba ilmu disusuli dengan penghayatan ilmu tersebut dalam kehidupan serta perjuangan untuk memakmurkan masyarakat dan negara berdasarkan ilmu yang benar.