PENGENALAN

#penerajupendidikanahlisunnahwaljamaah

SOFA EDUCATION GROUP (SEG)

Selari dengan kedudukan istimewa Malaysia sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk berbilang agama dan kaum yang sejak sekian lama hidup aman damai dinaungi oleh sifat Wasatiyyah Islamiyyah dengan termaktubnya Islam sebagai agama rasmi, maka penubuhan Kumpulan Pendidikan Sofa atau dikenali sebagai SEG menepati agenda pendidikan negara yang bertujuan untuk meneruskan keistimewaan Wasatiyyah Islamiyyah dengan mendidik keterampilan profesional, intelektual dan spiritual yang bakal menjadi pemangkin dan pelaksana sifat Wasatiyyah Islamiyyah dalam kehidupan dunia kentemporari secara kreatif dan inovatif.

Bertepatan dengan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai Hub Pendidikan Tinggi Global, maka tertubuhnya Sofa Education Group (SEG) akan menyerlahkan potensi negara di peringkat antarabangsa dalam menyumbang ke arah penawaran program-program pendidikan akademik dan penyelidikan inovatif yang berorientasikan misi Wasatiyyah Islamiyyah dalam segenap dimensi pengajaran, pembelajaran dan penyelidikannya.

Sesungguhnya Sofa Education Group komited terhadap perlaksanaan sistem pendidikan tinggi kontemporari Ahli Sunnah Wal Jama'ah yang didasari oleh pendekatan makrifah dan mahabbah sebagai model Wasatiyyah Islamiyyah abad ke-21 dari Malaysia kepada masyarakat global.

  • Seremban
  • Rembau
*Pejabat Pentadbiran Sofa Education Group